Macam mana saya juga boleh digolongkan sebagai seorang Muslim Engineering Student, saya tidak pasti. Mungkin bagi tuan punya blog ini, label 'muslim' sudah cukup untuk memberi saya ruang untuk ber'ceramah' dan mem'fire' di laman ini, selain dari dua laman yang sememangnya sedia ada, bloop , beproud,beloud.
Jadi pertama-tamanya saya mengucapkan terima kasih pada ALLAH yang maha suci dia dari segala apa yang mereka sifatkan kemudian kepada saudara Karem atas peluang ini. Oh, sebelum saya terlupa, sekiranya laman ini hanya menggunakan bahasa Inggeris, saya mohon ampun dan maaf, I not speaking anglish. Ok, maybe a little bit. 'ala kulli hal, saya masih lagi memikirkan dari sudut apa, saya akan menyumbang di sini. Kalau sekadar menjadi papan CPT (Cut, Paste, Tampal). beproud sudah lebih dari memadai (meskipun ia lebih bernada politikal dan serius). Sedangkan bloop pula blog personal saya, yang berkonsepkan al-Riqaq dan maslahat-maslahat umum. Dan satu lagi(yang ini rahsia) lebih mengetengahkan puisi, sajak , dan segala macam kejiwangan ( tetapi sentiasa disauhkan atas ajaran islam). Siapa yang hebat dia akan cari laman ini. Tiada hadiah untuk pemenang pertama, kedua, mahupun ketiga.
Nampaknya saya telah banyak merapu, jadi saya tamatkan di sini sahaja dengan sepotong kata puisi.
"Manusia terpenjara di dalam sempadan pancaindera"
dr wan
sekian
wassalam
No comments:
Post a Comment