Dakwah Secara Individu, Ziarah, Kunjungan dan Majlis 'Ilmu.
Allah berfirman:
Yang bermaksud:
"Katakanlah: Sesungguhnya aku hendak memperimgatkan kepadamu suatu hal sahaja iaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan tentang Muhammad tidak ada penyakit gila sedikit pun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu." (Surah Saba'= Ayat 46)
Menerangkan fikiran seseorang secara bersendirian adalah lebih memberi faedah kerana penerangan secara ini tidak terpengaruh dengan tekanan-tekanan lain.
Dengan sebab itu maka perhubungan yang terus kepada orang-orang berkenaan, membuat perbincangan dengan mereka, mengajak mereka kepada kebaikan, atau memberi hadiah buku kepada mereka, membuat kunjungan ke rumah atau ke tempat kerja adalah menjadi perkara yang sangat penting didalam tugas jihad lisan ini kerana perbuatan—perbuatan itu dapat menyampaikan kepada matlamat.
Mengadakan rehlah (berkelah) dalam kumpulan yang kecil dengan aturcara ceramah, da'wah dan perbincangan banyak memberi faedah dalam melahirkan orang-orang Islam yang baik. Jemputan ke majlis makan memberi peluamg yang sangat baik untuk disampaikan sesuatu fikiran. Ini pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam dan menjadi suatu sunnah.
Pertemuan-pertemuan yang diadakan di rumah atau di tempat-tempat lain yang membicarakan tentang Islam dan membersihkan akal manusia supaya menerima Islam yang dibuat secara terbuka dengan dipanggil individu-individu adalah merupakan cara yang baik.
Inilah dia contoh-contoh bagi cara-cara jihad lisan fisabilillah. Walau bagaimanapun cara-caranya tidaklah terhad kepada apa yang kita sebutkan. Menolak seruan-seruan sesat di mana-mana jua tempat dan keadaan adalah merupakan jihad.
Mencipta sya'ir Islam adalah jihad, menulis iklan tentang Islam adalah jihad, guru-guru yang mengajar di sekolah adalah jihad, pekerja dengan kawan-kawannya, doktor dengan pesakitnya semua mereka, termasuk juga pekerja-pekerja lain, adalah memberi sumbangan besar dalam jihad lisan. Sesiapa yang memikirkan terbuka baginya pintu-pintu (yakni akan memperolehi cara-caranya), setiap orang mengetahui kedudukan dirinya, dia mempunyai cara-cara tersendiri untuk menjelaskan tugasnya. Yang penting ialah kita perlu fikir, bekerja dan ikhlas kepada Allah 'Azzawajalla dalam melakukan ini semua.
petikan dari buku Jundullah karangan Said Hawwa'
1 comment:
Karim gi be proud beloud, aku baru tulis dia punya first original article. Anyway comments ni aku rasa kau kena pasang verificationlah pasal ada spammer kar sini. Anyway jangan lupa lawat il-bloop!
Post a Comment